Sedekah Jariah:Bantu Selamatkan Ruang Solat Masjid Ehsaniah Kg Kelan



Sudah hampir 8 tahun, Masjid Ehsaniah Kg Kelan menanggung masalah kebocoran yang semakin membimbangkan.


Setiap kali hujan lebat turun, air mula meleleh dari bahagian kubah dan ruang dalaman dewan solat utama.

Karpet yang sepatutnya menjadi tempat sujud jemaah, bertukar menjadi basah, rosak dan berbau.

Lebih membimbangkan, air yang mengalir di dinding mula mengganggu wiring dan struktur dalaman masjid. 






Inilah keadaan yang kami hadapi sejak tahun 2018.

Bukan sekali kami cuba mengatasinya.


Akibat kebocoran yang berulang, karpet ruang solat terpaksa diganti sebanyak 3 kali dengan kos berpuluh ribu ringgit.

Namun tanpa kerja baik pulih dan naik taraf yang menyeluruh, masalah yang sama terus berulang.Masya-Allah…




Bayangkan ketika jemaah hadir mahu menunaikan solat…

namun sebahagian ruang tidak lagi seselesa dahulu. 


Ada yang terpaksa berdepan:

• suasana lembap

• karpet basah dan berbau

• kebocoran yang mula mengganggu bahagian wiring dan sistem elektrik


Rumah Allah yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat dan tenang,

hari ini sedang menanti bantuan kita. 




Jika Tidak Dibaiki Segera…


Kerosakan ini berisiko menjadi semakin besar.

  • Wiring dan sistem elektrik boleh terganggu
  • Kebocoran boleh merebak ke bahagian lain
  • Kos penyelenggaraan semakin meningkat
  • Struktur dalaman masjid semakin rosak

Sebab itulah, usaha baik pulih dan naik taraf kubah serta bahagian dalaman ruang solat Masjid Ehsaniah tidak lagi boleh ditangguhkan. 


Rasulullah ﷺ bersabda:

“Barang siapa membina masjid kerana Allah, maka Allah akan membinakan baginya rumah di syurga.” (HR Bukhari & Muslim)


Tuan puan, mungkin kita tidak mampu membina keseluruhan masjid.

Tetapi mungkin, Allah sedang membuka peluang untuk kita menjadi sebahagian daripada usaha memelihara rumah-Nya.




Sasaran Dana Baik Pulih & Naik Taraf Masjid Ehsaniah


RM1,000,000 diperlukan

RM18,000 telah terkumpul

RM982,000 masih diperlukan.


Status projek masih belum bermula dan sasaran siap ialah 31 Disember 2026.





Setiap Sedekah Menjadi Saham Akhirat


Bayangkan, setiap kali azan berkumandang

setiap kali jemaah berdiri dan bersujud

setiap kali al-Quran dibaca serta majlis ilmu diadakan

mudah-mudahan pahala itu turut mengalir kepada mereka yang membantu memelihara rumah Allah ini.


Kerana sedekah untuk masjid bukan sekadar bantuan hari ini, tetapi amal jariah yang pahalanya terus mengalir.




Doa Buat Para Penyumbang


Ya Allah…

gantikan setiap sedekah dengan rezeki yang lebih baik, lapangkan urusan para penyumbang, ampunkan dosa-dosa mereka dan jadikan sumbangan ini sebagai sedekah jariah yang berterusan hingga ke akhirat.

Amin Ya Rabbal ‘Alamin.


Jom sama-sama bantu memelihara rumah Allah ini. 


Disclaimer for Masjid Ehsaniah Kg Kelan Facebook or FB is a Registered Trademark of Meta Platforms Inc. The site https://masjidehsaniahkgkelan.com/  is not affiliated with Facebook.com in any way, nor do they sponsor or approve any of the products.  All trademarks mentioned here are copyrighted by their respective owners'.  All data received from this site will be managed by the  Masjid EHsaniah Kg Kelan   and will solely be used privately for our promotion without being shared with a third party without permission from the respective owner.


Bagi memastikan kempen kutipan dana ini dapat digerakkan secara berkesan dan sampai kepada lebih ramai penyumbang, sebanyak 10% daripada dana akan diperuntukkan bagi kos pengurusan dan pengiklanan kempen. 



Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
SEDEKAH RM10
SEDEKAH RM20
SEDEKAH RM50
SEDEKAH RM100
SEDEKAH RM1000
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN